PENGENALAN
Arak yang disebut "khamar" dalam bahasa arab bermaksud minuman yang memabukkan. Penggemar arak pula sinonim dengan "panggilan kaki botol". Bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik, arak menjadi minuman kemegahan kerana pada mereka arak adalah minuman terbaik untuk menikmati keseronokan hidup sebenar.
Sejak akhir - akhir ini masalah berkaitan Muslim yang meminum arak di khalayak ramai telah menjadi isu hangat yang diperkatakan dalam media perdana. Sememangnya isu ini seharusnya diberi perhatian oleh semua pihak sejak dahulu lagi memandangkan membeli dan meminum arak telah menjadi satu fenomena biasa yang amat membimbangkan yang makin menular dikalangan muda-mudi islam hingga menumbuhkan pelbagai bentuk maksiat dan kemungkaran berupa perzinaan, pembunuhan, keganasan rumahtangga, penderaan dan yang seumpama dengannya.
SEJARAH PENGHARAMAN ARAK
Islam telah mengharamkan arak sejak 14 abad yang lalu.Orang-orang Arab jahiliyah sebelum kedatangan Islam adalah peminum arak yang tegar. Terdapat juga di kalangan segelintar umat Arab jahiliyah yang baru memeluk islam cuba mempengaruhi Rasulullah SAW dengan mengatakan arak boleh menjadi penawar dan ubat untuk seseorang. Perjuangan melawan hawa nafsu bagi mengekang tabiat meminum arak menagih kesabaran dan ketabahan oleh peminumnya. Pada peringkat awal untuk menghilangkan ketagihan arak, peminum arak yang aktif mungkin terkena 'sawan' atau tabiat meracau yang berpanjangan.
Perintah akhir larangan meminum telah diturunkan dalam satu majlis jamuan yang telah menjadi salah satu bahan hidangan. Apabila ramai yang mabuk, mereka mula bermegah - megah dan kemudiannya bergaduh sesama sendiri dengan melontar ketulan - ketulan tulang yang terdapat dalam hidangan makanan. Apabila rasa mabuk hilang, mereka mula menyesal, insaf dan merasa berdosa atas tindakan mereka itu.
Pada waktu itulah, al-Quran telah menyatakan bahawa judi dan khamar adalah dilarang kepada semua umat islam sebagaimana firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 91 yang bermaksud :
"Syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian lantaran meminum arak dan berjudi dan menghalang kamudari mengingati Allah dan solat; maka berhentilah kamu (dari melakukan perbuatan itu)"
Anas bin Malik telah menyatakan : "Apabila khamar (arak) dilarang, orang - orang arab masih menyukainya dan ada yang amat berat untuk mematuhinya. Tetapi akhirnya mereka berjaya mematuhi perintah Allah dengan setiap dari peminum arak akan membawa arak rumah masing - masing ke jalan raya dan membuangkannya. Jalan - jalan dan lorong - lorong di madinah dipenuhi dengan bau arak sehingga beberapa hari." Semenjak peristiwa itu sehinggalah ke saat ini, orang-orang Islam di seluruh dunia adalah orang - orang yang paling kurang berdepan dengan masalah ketagihan arak.
HUKUMAN PEMINUM ARAK
Dalam syariat Islam hukumannya adalah dirotan, tetapi wujud perbezaan pendapat antara ahli ulama tentang kadarnya. Ada yang mengatakan sebanyak 80 kali sebatan. Ini adalah pendapat Imam Malik, Abu Hanifah dan satu riwayat dari Imam Ahmad. Manakala Imam Syafie dan satu pendapat daripada Imam Ahmad bahawa hukumannya hanya sebanyak 40 kali sebatan. Punca perselisihan pendapat di kalangan ulama adalah disebabkan jumlah sebatan bagi kesalahan ini tidak diterangkan secara jelas didalam al-Quran, Hadis dan athar (pendapat) para sahabat. Apa yang disebutkan hanyalah tentang pengharaman arak sahaja.
ARAK DAN UNDANG-UNDANG
Di Malaysia, peruntukan tentang hukuman minum arak telah dikanunkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di setiap negeri. Dari sudut pentadbiran undang-undang bagi kesalahan meminum dan menjual arak terdapat dua institusi seperti jabatan agama Islam negeri dan pihak berkuasa tempatan(PBT).
Berdasarkan kepada peruntukan yang terkandung dalam enakmen negeri masing-masing, jabatan agama Islam negeri hanya mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam yang meminum arak dan minuman lain yang memabukkan, sama ada diminum dimana-mana kedai atau ditempat awam, atau menjual, menawarkan jualan, atau mempamerkan sesuatu yang berkaitan arak, menyimpan dan juga membeli yang menjadi satu kesalahan.
KESAN BURUK MEMINUM ARAK
Sudah jelas, bahawa sesetengah jenayah yang berlaku dalam masyarakat diantara lain berpunca dari arak. Kajian-kajian ilmiah sama ada dari segi sains, psikologi dan kemasyarakatan menunjukkan kebenarannya.
Berdasarkan kajian perubatan dan saintifik antara keburukan arak terhadap kesihatan dan perhubungan sosial yang akan dirasai oleh peminum arak adalah seperti :
- Apabila diminum dengan banyak, arak boleh merosakkan selaput lendir dan menjadi racun yang meresap dengan cepat ke dalam lain-lain bahagian tubuh manusia terutama jantung dan buah pinggang.
- Meminum arak boleh menjadikan seseorang itu mendapat sesak nafas yang akan mengganggu alat pernafasan.
- Meminum arak boleh menyebabakan kematian mengejut akibat kuatnya tekanan alkohol di dalam arak tersebut terhadap hati dan jantung.
- Meminum arak ketika perut kosong atau sebelum sarapan boleh menyebabkan berlakunya barah dalam perut.
- Meminum arak akan menimbulkan permusuhan dan kebencian serta menyebabkan seseorang itu lupa tentang tanggungjawab agama.
JENIS-JENIS ARAK
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang minuman yang dibuat daripada madu arak. Baginda menjawab: Setiap minuman yang memabukkan adalah haram.
1. WAIN adalah minuman dibuat daripada penapaian jus anggur. Wain dihasilkan dengan menapai anggur hancur menggunakan pelbagai jenis yis yang memakan gula terdapat dalam anggur dan menukar mereka kepada alkohol. Pelbagai jenis anggur dan ketegangan bagi yis adalah digunakan bergantung pada jenis wain dihasilkan.
2. BIR adalah minuman beralkohol tertua di dunia. Ia dihasilkan oleh pendidihan dan penapaian kanji, kebanyakannya diperolehi dari bijirin. Bijirin yang paling biasa digunakan adalah barli. Walaubagaimanapun gandum ,jagung, dan beras juga digunakan secara meluas.
3. VODKA, merupakan salah satu daripada arak yang palig popular di dunia. Vodka diperbuat daripada penapaian bahan-bahan seperti : bijian, rai, gandum, kentang, anggur, atau gula ubi. Ia bersifat jernih, tidak berbau, dan tawar. Ia merupakan arak neutral yang boleh diadun dan tidak meninggalkan sebarang bau kepada peminum.
4. WISKI ialah sejenis minuman beralkohol yang disulingkan ditapai dari lecekan bijian. Butir-butir berbeza adalah digunakan untuk jenis-jenis berbeza, termasuk barli, barli malt, rai, malt rai, gandum, dan jagung (jagung). Wiski yang berusia disimpan dalam tong-tong kayu, yang diperbuat umumnya daripada pokok oak putih.
5. TEQUILLA diperbuat daripada tumbuhan Agav yang banyak ditanam di Mexico. Tequila ialah satu daripada arak-arak yang terpopular di dunia.
6. BRANDY disulingkan dari buah lecek, kebiasaannya anggur. Dikenali Sebagai "fired wain" ia menjadi popular untuk beratus tahun. Brandy disimpan lama di dalam tong-tong oak di mana ia merupakan punca warnanya. Secara tradisinya, ia diminum selepas makan malam dan sering digunakan sering dalam masak-memasak.